Followers

Wednesday, October 14, 2015

KUIH KALAKATAR (BINGKA KELAPA)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

KUIH KALAKATAR
Hari nie saya nak kongsikan resepi Kuih Kalakatar @ nama lainnya Binka Kelapa. Mungkin setengah daripada anda semua pernah buat kuih nie...Ini adalah kuih tradisional kaum banjar iaitu di Perak Utara. Kuih nie memang agak popular di Kuala Kurau, Perak terutama pada bulan Ramadhan sebagai juadah berbuka puasa...Dokumentari penyediaan kuih kalakatar ini juga pernah masuk rancangan "Majalah 3".

O.k...bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat kuih nie :-
~ 5 biji kelapa muda
~ 4 cawan air kelapa
~ 2 cawan tepung gandum
~ secubit garam
~ 5 sudu teh gula
~ sebiji telor

Cara-cara membuatnya :-
Masukkan 4 cawan air kelapa dalam satu bekas..Kemudian, masukkan secubit garam, 2 cawan tepung gandum, 5 sudu teh gula dan sebiji telur dalam bekas tadi..Gaul kesemuanya hingga sebati..Selepas itu barulah masukkan isi kelapa muda ke dalam bekas yang sama dan gaul lagi hingga sebati..(boleh tambah air kelapa jika terlalu pekat). Bila adunan telah siap bolehlah panaskan periuk pemanggang ajaib..Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam pemanggang ajaib sehingga masak..Pusing-pusingkan pemanggang ajaib tu supaya masak di kedua-dua bahagian..Bila dah masak, tunggu sehingga sejuk sikit, baru lah potong untuk hidangan..

 

Okey..saya harap perkongsian saya nie berguna pada anda semua..Selamat mencuba semua rakan-rakan..


Monday, October 12, 2015

ASSALAMUALAIKUM...I'M BACK...

Assalamualaikum semua rakan-rakan blogger....

Terasa lama sungguh tak update blog nie..maklum lah..baby boy dah makin membesar..di tambah pula dengan kelasakannya sekarang, memang x cukup masa nak pegang komputer..

Di harap rakan2 semua masih sudilah melayari blog saya nie..hihi..Banyak resepi yang ingin saya kongsikan dengan anda semua sebenarnya..Nanti saya akan masukkan satu-satu ye..

Pada rakan2 yang follow blog saya, terima kasih diucapkan..In Sha Allah, nanti saya follow blog anda balik..

Kebelakangan nie kejadian culik kanak-kanak semakin membimbangkan..nak bawak anak-anak keluar jalan-jalan pun jadi fobia...kat area Manjung nie pernah ada orang cuba bukak pintu keta yang ada budak semasa tunggu ayah dia bayar tiket parking...Nasib baik la dorang kunci pintu tu...
Kejadian di kajang baru-baru nie pun sama...tengah sembang-sembang je diorang buat kerja...Aduh!! Ssemakin membahayakan la sekarang...

Sekarang nie memang sentiasa kena perhatikan anak-anak...mata tak boleh lepas dari memandang diorang...jangan nanti kita pula menyesal di kemudian hari...

Sebagai langkah keselamatan, saya beli la baby stroller baru untuk anak teruna tu...Yang dia guna sebelum nie kakak dia punya..dah agak usang dan kurang safetynya...Untuk keselamatan anak-anak dalam dunia yang semakin mencabar nie...

Banyak tempat juga pusing-pusing dan survey harga yang berpatutan dengan kualiti agak tahan lama..akhirnya dapat juga dengan harga RM298.90 di pasaraya Aeon. Memang sangat berpuas hati lah..hihi...


Penyimpanan yang menjimatkan ruang bonet kereta

Saya rasa cukup setakat ini dulu entri saya kali nie..In Sha Allah...entri saya yang akan datang, resepi kuih tradisional orang kampung saya...tunggu ye...




Wednesday, July 22, 2015

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Telah seminggu kita menyambut syawal. Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf pada semua kawan-kawan. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Hari nie baru berkesempatan nak update blog..biasa lah, hari raya sibuk dengan tugas-tugas di dapur dan melayan saudara-mara yang berkunjung ke rumah..memang xde masa nak layan internet..lagi pun kat kampung tu memang susah nak ada line..macam biskut je...kejap ada, kejap xde..

So..macammana dengan hari raya kawan-kawan semua..meriah..??!!

Alhamdulillah..raya tahun nie masih dapat bersama mak & ayah...rasa bahagia sangat bila dapat beraya bersama mereka yang tersayang..tahun depan tak tahu lagi macammana..kalau umur masih panjang, masih dapatlah beraya bersama..kan..

Raya tahun nie beraya di kampung saya dulu..raya ke-2 baru ke kampung hubby..x jauh pun..30 minit je jaraknya..hihi..

Bagi kawan-kawan yang berdekatan dengan saya tu, jemput lah datang beraya ke rumah..rumah saya sentiasa terbuka untuk tetamu..

 
 
 
 
 

Tahun nie sibuk berjalan ke sana, ke sini hingga terlupa nak ambik gambar satu family yang besar tu..boleh pulak semua lupa nak ambik...semua ambik gambar family sendiri je..rasa rugi pulak xde gambar satu family bersama abg, kakak, mak ayah, anak-anak sedara...hrmm..tahun depan la pulak...

#Salam Aidilfitri Minal Wal Fa-izin
#jumpa lagi..

Tuesday, July 14, 2015

MAK MERTUA MASUK WAD

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Dugaan menjelang raya...
Mak mertua masuk wad semalam sebab asma..pastu bila doktor check, darah dan kencing manis pun tinggi juga..Kesian juga tengok mak sekarang..dah la buah pinggang dia dah rosak..kena cuci darah start bulan Jun lepas..Kesihatan dia pun dah merosot sikit sekarang..

Nasib baik kakak & abang ipar kerja kat kpg je..boleh la gilir-gilir jaga mak mertua..
Hubby pun dah tak sabar nak blk kpg jenguk maknya.. 

Mak Mertua
Sabarlah mak..Allah sayang mak..sebab tu Dia uji umatnya yang dikasihi..
Bagi mak & ayah saya, dorang masih lagi sihat..cuma ayah je yang kurang sihat. Dah tak mampu nak bawa motor gi masjid. Kalau ikutkan dia memang dia nak gi jalan kaki je ke masjid tu..tp, apakan daya..gi bilik air kat dapur pun dah rasa semput..

Begitulah orang tua kita..
Selagi mereka ada nie la kita kena berbakti pada mereka..kita pun tak tahu nasib kita bila dah tua nanti..harapnya anak-anak kita pun akan sayang dan jaga kita bila kita tua nanti..

Mak & Ayah serta anak2 saya ~ Aidilfitri 2009
#tak sabar nak balik kpg jumpa mak dan ayah...

Monday, July 13, 2015

PULUT & DURIAN...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tinggal 3 hari je lagi ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Sedih juga rasanya..semoga umur kita masih panjang dan boleh bertemu semula ramadhan tahun depan..

Semalam teringin sangat nak makan durian, jadi hubby pun belikan la...ada jual tepi jalan dekat ngan rumah...hari-hari nampak, tu yang jadi teringin...

Beli yang selonggok RM10 je...tapi isi semuanya elok, xde ulat pun...alhamdulillah, mungkin itu rezeki saya..bila durian dah ada, pulut dah ada..apalagi..berbuka dengan pulut durian la pulak...
Saya dan hubby je makan pulut durian, anak-anak x reti makan, jadi saya buatkan dorang kueh teow kungfu...

Saya pasti kawan-kawan semua mesti lebih pandai masak pulut durian nie kan...
Saya pula memasak cara simple je...

Mula-mula masak beras pulut...pastu panaskan santan bersama 1 sudu teh garam sehingga mendidih..
bila pulut dah masak, santan pun dah tersedia...bolehlah dihidangkan...sebelum makan taburkan sedikit gula pada pulut...kemudian, bolehlah dimakan bersama durian yang dibeli tu...
Haa...simple kan...hihi...

#setiap kali ramadhan...mesti musim durian...

Thursday, July 9, 2015

HOME MADE BISKUT RAYA

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Tinggal seminggu je lagi kita akan menyambut hari kemenangan umat islam...rasa sedih juga nak meninggalkan ramadhan tahun nie..rasa masih kurang amalan yang dilakukan..in sha Allah, dalam seminggu nie cuba lagi memperbanyakkan amalan..

Semalam saya bercuti sebab nak buat biskut raya...
Ingat nak buat masa cuti sabtu ahad nie..tapi bila memikirkan si manja tu yang akan meragam nanti..hrmm..satu kerja pun tak jalan..

Lepas hubby dan anak2 ke tempat kerja & sekolah..saya terus je mula mengumpul bahan-bahan nak buat biskut raya tu...kalau lambat nanti takut tak sempat siap pula..plan pula nak buat 4 jenis biskut raya..Alhamdulillah semuanya dapat disiapkan jam 5:30ptg..

Inilah hasil biskut raya yang dapat disiapkan...
Conflakes Madu
Samprit

Ferero Rosher Malaysia

Famous Amos
Alhamdulillah...sedap juga Ferero Rosher Malaysia & Famous Amos tu...
Ferero Rosher tu saya ambik resepi dari KLIK SINI dan Famous Amos pula saya ambik resepi dari KLIK SINI..
terima kasih sebab kongsi resepi..

Dah penat buat biskut raya, petang tu minta tolong hubby beli makan kat bazar ramadhan je...
dah letih..tak larat nak masak...
untung juga ada anak dara yang boleh membantu...
Alhamdulillah...

#jumpa lagi semua...


Wednesday, July 8, 2015

ADIRA PUTUS TUNANG ??!!

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Simpati dengan nasib Naib Juara AF musim ke-8 iaitu Adira mengenai kisahnya yang teleh putus tunang dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrul Kamarudin.
kredit foto to aiskosong.com
 Adira dan Shahrul yang bertunang pada 22 Disember tahun lalu disahkan putus tunang pada Mei 2015 yang lalu. Adira juga berkata bahawa segala yang terjadi tiada kaitan dengan orang ketiga termasuklah penyanyi Elizabeth Tan...
Adira juga menerimanya sebagai takdir & ketentuan yang sudah tertulis. Beliau juga tidak menyimpan sebarang dendam pada Shahrul dan tidak mahu memikirkan apa-apa lagi..
"Yang lepas itu biarlah berlalu dan tak perlu dikenang lagi.." katanya.

Mengenai Elizabeth Tan yang dikaitkan dengan Shahrul, Adira berharap tiada lagi mana-mana pihak yang mensabitkan beliau sebagai punca perpisahan mereka...

Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku...walaupun muka mereka hampir sama (orang tua2 kata jodoh panjang)...tapi Allah lebih tahu setiap apa yang berlaku. Mungkin itu ujian Allah buat mereka untuk menguji keimanan yang ada pada diri...

Saya sebagai peminat dan saudara seislam mendoakan supaya Adira terus tabah menghadapi dugaan ini...ingatlah bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya..Allah sangat sayangkan umatnya, sebab itulah Dia menguji kita dengan pelbagai dugaan..
Yang penting kita terus tabah dan sentiasa beribadat kepadaNya memohon keampunan atas segalanya...

#nasib wanita bernama artis...




Tuesday, July 7, 2015

UDANG MASAK TOMYAM PEKAT

Assalamualaikum & salam sejahtera..
Ini lauk sahur kami sekeluarga hari nie..Udang masak tomyam pekat..
Saya akan kongsikan resepi nie dengan anda semua..cubalah di rumah ye..memang sedap..
 
Bahan-bahannya
3 ulas bawang putih 
1 cm halia 
ditumbuk bersama..

 1 btg serai..diketuk
 1 biji bawang besar  - dipotong
1 biji cili merah - dipotong
 2 sudu sos tiram 
2 sudu pes tomyam 
 
Cara-cara memasak
 Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau..
Masukkan cili merah dan bawang yang dipotong tadi..gaul hingga rata..
Masukkan 2 sudu sos tiram dan 2 sudu pes tomyam..kemudian, tumiskan..
selepas itu, masukkan sedikit air..masak hingga sedikit pekat..
masukkan udang dan garam..gaul hingga udang masak..
setelah masak boleh la dihidangkan...
 
simple je kan...anda pun mampu buat lebih sedap dari saya..
 #selamat mencuba...
 
 

SARDIN TIN GORENG

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari nie saya nak kongsikan resepi "Sardin Tin Goreng" yang saya janjikan semalam...Resepi nie saya belajar dari kakak ipar sebab hubby suka makan masa dia study dulu..
Bahan-bahannya..
Sardin dalam Tin 
Bawang Putih
Bawang Besar
Sos Tiram
Sos Cili 
Cili Merah

Cara-cara memasak..
Tuangkan sardin ke dalam mangkuk..kemudian goreng ikan sardin
tersebut tanpa kuahnya..
blend bawang besar dan bawang putih, kemudian tumis sehingga naik bau...
masukkan ikan sardin yang digoreng tadi, 1 sudu sos tiram, 1 sudu sos cili
dan 1 sudu kuah sardin tadi ke dalam kuali...
masak hingga kuah bersalut dengan ikan
kemudian masukkan  bawang besar dan cili merah..
gaul sehingga bawang layu...
akhir sekali, angkat dan toskan minyak..
sedia untuk dihidang...

Ha...simple je...tapi rasa memang sedap...
Pada yang belum mencuba lagi tu, silalah cuba...
memang terbaikk...

o.k..selamat berpuasa dan jumpa lagi...

Monday, July 6, 2015

MENU BERBUKA HARI NIE

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari nie dah masuk hari ke-19 ramadhan..tinggal 10/11 hari sahaja lagi umat islam akan menyambut syawal..

Menu berbuka puasa hari nie simple je...Lepas balik kerja, ambik baby kat rumah pengasuh..balik rumah, susukan dulu bagi kenyang supaya dia tak meragam masa sediakan juadah berbuka nanti..

Lepas solat asar, terus je mula memasak yang simple-simple...jam pun dah pukul 6 ptg...

Inilah hidangan yang sempat dimasak...yang penting, anak2 dan hubby suka...

Sayur Kacang Buncis
Kari ikan

Sardin Tin goreng
Cucur-Udang Kucai


~ hubby beli di bazar ramadhan ~
Kuih Lopez
Mee Goreng

o.k...
Esok saya nak kongsikan resepi "Sardin Tin Goreng"...kita jumpa esok pulak ye...
Selamat malam...
                        

PERSIAPAN RAYA 2015

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Mungkin anda semua dah bersedia dengan persiapan untuk beraya tahun nie...Walaupun ekonomi negara kita agak terumbang-ambing sekarang, tapi hari raya tetap kita sambut dengan meriah..bukan selalu kan...setahun hanya sekali..

Macammana dengan persiapan kuih raya, pakaian, kasut serta duit raya? Dah siap semua ke..?

Bagi saya dan keluarga..Alhamdulillah, baju serta kasut raya anak2 semua dah dapat. Seminggu jugak la keluar mencari baju yang sesuai dengan warna tema yang diinginkan..berpuluh kedai keluar masuk mencari..akhirnya dapat juga dengan harga yang berpatutan dan mampu milik..hihi..

Tahun nie warna tema adalah "Emerald Green"
Dari awal tahun asalnya nak warna merah..tapi bila ingat-ingat balik, 2 tahun lepas pun lebih kurang warna merah jugak..jadi bila dah tengok warna hijau, nampak cantik pulak...lagipun memang tak pernah pakai tema hijau lagi..

~ sangat puas hati dan berbaloi dengan seminggu pencarian~

Bagi kuih raya pulak, ingat nak buat sendiri je minggu depan..boleh jimat kos dan boleh beri pada mak & mak mertua sekali...kalau nak beli semua, alamat papa kedana la lepas raya nanti...

Jadi..setakat ini saja perkongsian saya..
Kita jumpa lagi nanti..

#mood raya dah datang...

Friday, July 3, 2015

RESEPI 6 BIJI DOH ROTI

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Memang agak lama tak update blog nie...kesibukan dengan tugas harian, keluarga dan melayan si kecil yang comel tu agak membataskan saya untuk mengupdate blog nie...in sha Allah, lepas nie saya akan curi sedikit waktu untuk berkongsi dengan anda semua diari hati wanie yahaya...

O.k...kali nie saya nak kongsikan resepi membuat roti gebus yang saya belajar tahun lepas...anda boleh cuba di rumah untuk makan bersama keluarga tercinta...


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN
166 gram tepung roti (high protien)
1/2 sudu teh yis
33 gram gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu susu tepung
1/2 sudu teh bread softener
1/2 sudu teh bread improver
26 gram majerin
1/2 biji telur
83 gram air sejuk

CARA-CARA MEMBUATNYA...
masukkan semua bahan dari tepung hingga ke bread improver ke dalam satu bekas...
kemudian gaul sehingga rata semua bahan tersebut...
selepas itu masukkan majerin dan gaul sekali lagi sehingga rata...
akhir sekali, masukkan telur dan air sejuk...kemudian gaul sekali lagi...
langkah seterusnya...
gaul adunan tadi menggunakan mixer selama 15-20 minit sehingga tepung tadi tidak melekit pada bekas mixer...

Adunan anda tadi dibahagikan kepada 6 biji doh...terpulang pada anda samada nak timbang sama rata @ tidak...


kemudian...biarkan selama 30 minit untuk doh mengembang...tutup menggunakan kain bersih supaya lalat tak hinggap...

selepas 30 minit, mulalah membentuk roti yang anda inginkan...



selepas bentuk, biarkan ia kembang dulu selama 1-2 jam...kemudian barulah letak topping yang anda inginkan supaya pengembangannya tidak terbantut sebab berat dengan topping...

Topping yang saya selalu letak adalah sosej, inti kacang, tuna, sardin dan coklat rice...yang inti sosej tu letak sos cili kimball, mayonis dan sayur vergie...nak sedap lagi letak le black pepper sekali... 

selepas 2 jam mengembang dengan cantik, dah letak topping yang sedap, bolehlah dibakar dalam oven pada suhu 160 darjah celcius selama 15-20 minit...
dah siap...bolehlah dihidang untuk keluarga atau bagi pada jiran-jiran untuk mengeratkan silaturrahim...


o.k...setakat ini dulu perkongsian saya...
hingga kita berjumpa lagi...