Followers

Thursday, December 25, 2014

BELAJAR MEMBUAT ROTI

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Terasa lama tak aktif dengan blog nie sebab sibuk sedikit sekarang.
Sekarang sedang sibuk membuat roti untuk menambah sedikit pendapatan keluarga. Ilmu nie saya dapat masa pergi kursus bakery yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Seri Manjung bulan November lalu. Memang sangat berbaloi dengan hobi baru nie. Ramai sahabat-sahabat dan pembeli kata sedap...hihi...




ROTI SARANG LEBAH



OVAL SAUAGE BUN

Ini adalah roti yang saya buat...


SARDIN BUN
CHOCOLATE RICE BUN

  
SAUSAGE BUN



       
TUNA BUN   

SWEET CORN BUN

Jadi, pada sesiapa yang berada di daerah Manjung dan ingin mencuba roti yang saya buat...boleh la whatsapp saya-01133133830 @ hubby-01119943018 untuk tempahan. Harga memang lebih murah dari kedai-kedai yang ada di sekitar Seri Manjung.

Sekian...Selamat mencuba...

Tuesday, October 28, 2014

KARNIVAL KESIHATAN HOSPITAL SERI MANJUNG 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Saya ingin menjemput anda semua ke Karnival Kesihatan HSM 2014 yang diadakan di perkarangan Padang Hospital Seri Manjung. Program akan berlangsung pada 1 Nov. 2014 (Sabtu) dari 7:00 pagi - 11:00 malam.
 
Pelbagai aktiviti akan diadakan disepanjang Karnival tersebut.

Antaranya adalah :
Pertandingan senamrobik, pertandingan mewarna, pertandingan kerusi berirama, pertandingan solekan ibu, pertandingan menganyam ketupat, pemeriksaan kesihatan percuma, kempen derma darah dan bermacam acara menarik lagi.


Acara malam hari pula diserikan dengan Forum Perdana yang disampaikan oleh Imam Muda Hizbur, P.U Hafiz dan P.U Yeop bertajuk "Jihat Kesihatan"

Jadi, kepada anda semua yang ingin bersama keluarga memenuhi masa lapang di hari minggu, ini adalah peluang dan tempat yang sesuai untuk beriadah sambil menyihatkan. Jom kita beramai-ramai ke

"Karnival Kesihatan HSM 2014"

"Sihat itu Nikmat"


Wednesday, October 22, 2014

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

SayaWanie Yahaya, orang baru dalam bidang blogger ini. Blog ini terbit bagi mengisi masa terluang disamping berkongsi pelbagai cerita, pengalaman dan resepi pada semua yang mengikuti blog ini.

My Lovely Family


Semoga kita semua dapat berkongsi ilmu dan pengalaman. Jumpa lagi dan Salam perkenalan semua...


Lazada Malaysia
Lazada Malaysia