Followers

Wednesday, October 14, 2015

KUIH KALAKATAR (BINGKA KELAPA)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

KUIH KALAKATAR
Hari nie saya nak kongsikan resepi Kuih Kalakatar @ nama lainnya Binka Kelapa. Mungkin setengah daripada anda semua pernah buat kuih nie...Ini adalah kuih tradisional kaum banjar iaitu di Perak Utara. Kuih nie memang agak popular di Kuala Kurau, Perak terutama pada bulan Ramadhan sebagai juadah berbuka puasa...Dokumentari penyediaan kuih kalakatar ini juga pernah masuk rancangan "Majalah 3".

O.k...bahan-bahan yang perlu ada untuk membuat kuih nie :-
~ 5 biji kelapa muda
~ 4 cawan air kelapa
~ 2 cawan tepung gandum
~ secubit garam
~ 5 sudu teh gula
~ sebiji telor

Cara-cara membuatnya :-
Masukkan 4 cawan air kelapa dalam satu bekas..Kemudian, masukkan secubit garam, 2 cawan tepung gandum, 5 sudu teh gula dan sebiji telur dalam bekas tadi..Gaul kesemuanya hingga sebati..Selepas itu barulah masukkan isi kelapa muda ke dalam bekas yang sama dan gaul lagi hingga sebati..(boleh tambah air kelapa jika terlalu pekat). Bila adunan telah siap bolehlah panaskan periuk pemanggang ajaib..Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalam pemanggang ajaib sehingga masak..Pusing-pusingkan pemanggang ajaib tu supaya masak di kedua-dua bahagian..Bila dah masak, tunggu sehingga sejuk sikit, baru lah potong untuk hidangan..

 

Okey..saya harap perkongsian saya nie berguna pada anda semua..Selamat mencuba semua rakan-rakan..


4 comments:

  1. Wah...macam senang nak buat kuih ni...saya tak pernah rasa lagi...

    ReplyDelete
  2. nampak sedap ni.... thanks for kongsi...

    ReplyDelete
  3. ehehe salam kenal kak..
    CT jalan2 sini.. follow sini..

    http://sitiyangmenaip.blogspot.my/ jemput singgah..

    ReplyDelete
  4. yup.. bingka kelapa n lempeng kelapa.. semua CT suka.. comelnya sini da doremon =)

    ReplyDelete

Lazada Malaysia
Lazada Malaysia