Followers

Tuesday, October 28, 2014

KARNIVAL KESIHATAN HOSPITAL SERI MANJUNG 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Saya ingin menjemput anda semua ke Karnival Kesihatan HSM 2014 yang diadakan di perkarangan Padang Hospital Seri Manjung. Program akan berlangsung pada 1 Nov. 2014 (Sabtu) dari 7:00 pagi - 11:00 malam.
 
Pelbagai aktiviti akan diadakan disepanjang Karnival tersebut.

Antaranya adalah :
Pertandingan senamrobik, pertandingan mewarna, pertandingan kerusi berirama, pertandingan solekan ibu, pertandingan menganyam ketupat, pemeriksaan kesihatan percuma, kempen derma darah dan bermacam acara menarik lagi.


Acara malam hari pula diserikan dengan Forum Perdana yang disampaikan oleh Imam Muda Hizbur, P.U Hafiz dan P.U Yeop bertajuk "Jihat Kesihatan"

Jadi, kepada anda semua yang ingin bersama keluarga memenuhi masa lapang di hari minggu, ini adalah peluang dan tempat yang sesuai untuk beriadah sambil menyihatkan. Jom kita beramai-ramai ke

"Karnival Kesihatan HSM 2014"

"Sihat itu Nikmat"


No comments:

Post a Comment

Lazada Malaysia
Lazada Malaysia